India pandang berat cara polis lerai perhimpunan Hindraf
Dis 1, 07 7:52pm
Kerajaan India telah menyuarakan keprihatinannya terhadap tindakan keras polis meleraikan perhimpunan kaum India di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata New Delhi tidak senang dengan laporan mengenai kekerasan yang digunakan terhadap peserta perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur pada 25 November lalu.

"Ini adalah perkara yang kita pandang berat," kata Singh dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso di New Delhi.

"Bilama rakyat India atau kaum India di luar negeri menghadapi masalah, sudah kami memandang berat terhadapnya," tambahnya.

Beliau membuat ulasan tersebut selepas seorang menteri kabinetnya berkata New Delhi akan menghubungi Kuala Lumpur berhubung isu tersebut.

"Ia akan dilakukan melalui saluran diplomatik," kata Menteri Halehwal Parlimen, Suresh Pachouri kepada Parlimen India di mana ahli-ahli Parlimen negara itu menuduh Malaysia memberi layanan buruk kepada masyarakat keturunan India.

Sekurang-kurang 30,000 orang termasuk wanita dan golongan belia yang menyertai perhimpunan tersebut berhampiran Menara Berkembar Petronas, disuraikan oleh pihak polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air serta memukul mereka dengan cota.

Perhimpunan itu diadakan untuk menyokong saman berbilion ringgit yang difailkan terhadap kerajaan British yang dituduh menjadi punca kepada masalah ekonomi kaum India di Malaysia kerana membawa nenek moyang mereka ke negara ini untuk menjadi buruh pada tahun1800-an.

Bagaimanapun, ia diangap ditujukan kepada parti Umno yang mewakili orang Melayu, yang menjadi tunggak pemerintahan sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu.

Kaum Melayu menguasa bidang politik, dengan bidang ekonomi dikuasai oleh orang Cina manakala kaum India pula mendakwa mereka dipinggirkan dari segi peluang, kekayaan dan pendidikan.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner