-    +  
Adjust font size:
Memo Bersih: kesemua 26 yang ditahan, dibebaskan malam ini
Dec 11, 07 12:40pm
Kesemua 26 anggota Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan pagi tadi kerana mengingkari larangan polis daripada perhimpun di Parlimen telah dilepaskan dengan ikatjamin polis.

Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustapha Ali dan seorang remaja, adalah antara sembilan orang yang dibebaskan polis pada jam 4 petang tadi. Manakala baki 17 orang lagi dibebaskan pada kira-kira jam 10 malam dengan syarat mereka hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 18 Disember depan.

Mereka yang dibebaskan lebih awal terdiri daripada enam anggota Bersih, yang pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pagi tadi, seramai 26 ahli Bersih telah ditahan di kawasan bangunan Parlimen, ketika cuba menyerahkan memorandum membantah cadangan melanjutkan tempoh perkhidmatan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui pindaan perlembagaan.
Perintah mahkamah
Pejabat PAS dikawal



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner