• Bersih rancang adakan perhimpunan kedua
  • Muda Mohd Noor
  • 1200046080
  • Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran kali kedua bagi menuntut pejalanan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

    Bersih mengenal pasti tiga tempat - Dataran Merdeka, Stadium Merdeka atau Stadium Nasional Bukit Jalil - sebagai tempat perhimpunan yang dikenal sebagai 'Pesta Rakyat Jom Bersih; pada 23 Februari depan.

    Jurucakap Bersih, Mohd Anuar Tahir berkata, Bersih mahu mengadakan perhimpunan tersebut sebagai menyahut saranan pemimpin kerajaan supaya mengadakan perhimpunan mengikut peraturan dan saluran.

    • 'Pesta Rakyat Jom Bersih'
    • Bukan sasar Rashid