Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BPR beri saya RM3,000, kata bekas setiausaha Lingam
Diterbitkan:  Feb 12, 2008 8:05 PM
Dikemaskini: 2:46 PM

Bekas setiausaha Datuk VK Lingam - GN Jayanthi - memberitahu suruhanjaya diraja bahawa beliau telah diberikan RM3,000 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup.

vk lingam royal commission 120208 jayanthi Menurutnya, seorang pegawai BPR menelefonnya memberitahu bahawa penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Jayanthi, 45, tidak menjawab ketika ditanya oleh pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohamed Noor kenapa wang itu diberikan kepadanya.

Kepada soalan lain Haidar mengenai sama ada beliau mengambil wang itu, Jayanthi yang merupakan saksi ke-19 berkata: "Ya".

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS