Umno Kelantan umum calon selepas tiga tapisan
Muda Mohd Noor
Feb 19, 08
5:04pm
Umno Kelantan akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding dalam pilihanraya umum kali ini malam esok selepas tiga kali mengemukakan senarai itu kepada presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

annuar musaKetua perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Annuar Musa, dijadual mengumumkan senarai tersebut di pejabat Umno Kelantan di Kota Bharu, kira-kira jam 8 malam.

Satu sumber Umno Kelantan memberitahu Malaysiakini, lebih kurang jam 11 pagi tadi Annuar telah menyerahkan senarai nama calon Umno negeri itu kepada Abdullah di pejabatnya di Putrajaya.

Menurutnya, Annuar berada kira-kira 40 minit di pejabat Perdana Menteri.

Difahamkan senarai ini adalah kali ketiga disampaikan kepada Perdana Menteri. Senarai kedua diserahkan dua minggu lalu, sementara senarai awal dikemukakan dua bulan lalu, kata sumber itu.

Sebelum ini, Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas berkata, hanya separuh daripada 22 Adun dan Ahli Parlimen dari Umno Kelantan akan dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihanraya umum kelak.

Untuk kali ini, Umno Kelantan mengemukakan 70 peratus muka baru, manakala semua calon yang kalah dalam pilihanraya umum lalu tidak dicalonkan semula.

Mahu rampas Kelantan

"Calon yang sudah kalah dalam pilihanraya umum lalu baik kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan diberi tempat lagi," kata Annuar baru-baru ini.

"Bagaimanapun, tumpuan diberikan lebih kepada calon DUN kerana Umno mahu merampas pemerintahan kerajaan negeri dari PAS yang memerintah Kelantan sejak 17 tahun lalu."

Menurut sumber itu lagi, empat ketua bahagian Datuk Zaid Ibrahim (Kota Bharu), Datuk Ramzi Abdul Rahman (Pasir Mas), Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar (Pengkalan Chepa) dan Datuk Hashim Shafin (Tanah Merah) akan digugurkan.

Abdul Rahim yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu di parlimen Pasir Mas, tewas kepada calon PAS, Ismail Noh; Nik Zain kalah kepada calon PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) manakala Hashim yang juga Adun Gual Ipoh digugurkan atas faktor usia.

Kata sumber lagi, antara muka baru yang diketengahkan ialah Ketua Pemuda Umno negeri, Dali Hussein, yang juga Ketua Pemuda Pengkalan Chepa, disenaraikan untuk bertanding di parlimen Pengkalan Chepa.

Calon-calon muka baru lain termasuklan Naib Ketua Umno bahagian itu, Rahim Mohd Zain, yang dijangka menentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di DUN Chempaka.

Ketua Wanita Tanah Merah, Datin Suhainie Deraman dicalonkan bertanding di DUN Kemahang dan Ketua Wanita Machang, Datin Safiah Ali di DUN Temangan.

 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner