Sabah umum sebahagian nama calon BN
Feb 21, 08 11:16pm
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman hari ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) Sabah bagi pilihanraya umum 8 Mac.

Bagaimanapun, beliau hanya mengumumkan 50 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 19 kerusi Parlimen dari Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan MCA.

Sabah mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen.

Senarai nama calon BN dari parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Parti Liberal Demokratik (LDP) and Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mungkin diumumkan selewat-lewatnya esok.

Bernama melaporkan Musa sebagai berkata, Umno menampilkan 12 muka baru untuk kerusi DUN dan empat untuk kerusi Parlimen.

Mereka adalah Abdu Mijul Unaini (Banggi), Bolkiah Ismail (Pitas), Datuk Musbah Lamli (Tempasok), Azizah Mohd Dun (Klias), Kamarlin Ombi (Lumadan), Ahmad Bujang (Sindumin), Saddi Abdu Rahman (Sukau), Nilwan Kaban (Kunak), Datuk Harman Mohamad (Sulabayan), Datuk Ramlee Marhaban (Bugaya), Datuk Hamisah Samad (Tanjong Batu) dan Muis Pichu (Sebatik).

Muka baru bagi kerusi Parlimen pula ialah Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), bekas Adun Lajim Ukin (Beaufort), Sapawi Ahamad (Sipitang) dan Salleh Kalbi (Silam).

Muka baru

Sementara itu, PBS hanya membuat satu perubahan di peringkat kerusi DUN, dengan menamakan muka baru Anita Baranting untuk bertanding di kerusi Tandek.

Parti itu turut menamakan seorang lagi muka baru, Chin Teck Min, untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

SAPP juga hanya membuat satu perubahan pada senarai calonnya dengan menamakan Chua Soon Koi, seorang muka baru, untuk bertanding kerusi Parlimen Tawau.

Musa juga menafikan terdapat masalah dalam pengumuman baki nama calon bagi 10 lagi kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen.

"Tidak ada masalah... pemimpin parti-parti terbabit masih di KL untuk menemui Perdana Menteri. Mereka akan mengumumkan calon masing-masing, hari ini ataupun esok," tambahnya.

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner