Nurul Izzah, anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mencabar Datuk Shahrizat Abdul Jalil di kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mempertahan kerusi tersebut 8 Mac ini.
Senarai calon PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam satu sidang akhbar hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim.
