Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Maxis tamatkan khidmat SMS Malaysiakini
Diterbitkan:  Feb 22, 2008 8:14 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Malaysiakini akan menghentikan perkhidmatan penghantaran tajuk berita melalui SMS bulan ini, kata ketua pegawai eksekutif laman web berita tersebut, Premesh Chandran hari ini.

Perkhidmatan itu, yang diperkenalkan kepada pengguna Maxis sejak Julai tahun lalu, akan ditamatkan selepas gergasi telekomunikasi tersebut memutuskan untuk menamatkan perjanjiannya dengan Malaysiakini . [Lihat surat]

Bagaimanapun Maxis tidak memberi sebarang alasan rasmi berhubung keputusannya tersebut.

Malaysiakini telah mengadakan rundingan dengan Maxis sejak bulan lalu dalam usahanya untuk membolehkan perkhidmatan tersebut diteruskan.

Perkhidmatan SMS tersebut membolehkan Malaysiakini menghantar tajuk berita melalui telefon bimbit, sekurang-kurangnya tiga kali sehari, kepada mereka yang melangganinya.

“Ia mendapat sambutan hebat, terutama daripada kalangan pembaca kita yang mahu mengetahui berita-berita terkini. Kami bagaimanapun sedang berusaha mendapatkan alternatif lain," kata Chandran.

Bulan terakhir

Pelanggan sekarang akan terus menerima tajuk-tajuk berita melalui SMS sehingga perkhidmatan tersebut tamat pada 19 Mac.

Yang lainnya masih boleh melanggan bagi bulan terakhir ini selama perkhidmatan tersebut masih aktif.

subscribe to malaysiakini sms news alert “Tempoh beberapa minggu ini merupakan masa yang terbaik menjelang pilihanraya umum dengan berita-berita panas disiarkan setiap hari," katanya.

Pengguna Maxis (012 dan 017) yang mahu mengetahui berita-berita terkini, boleh melanggan perkhidmatan tersebut dengan menghantar mesej "BUY MKINI" melalui SMS ke 26000.

Bayaran bagi perkhidmatan tersebut ialah RM5 sebulan.

ADS