Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bantahan Umno Perlis selamatkan Shahidan
Diterbitkan:  Feb 22, 2008 9:37 PM
Dikemaskini: 8:33 PM

Beberapa pemimpin Umno Perlis 'kehilangan arah' seketika apabila nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, dikatakan tidak dicalonkan, dan membuat keputusan meletakkan jawatan beramai-ramai awal pagi tadi, tetapi menarik balik peletakan itu petang ini.

shahidan kassim Perubahan mendadak itu susulan kenyataan Shahidan di Kuala Lumpur bahawa beliau kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang pada pilihanraya umum 8 Mac ini.

"Kami berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah yang sanggup mendengar pandangan kami di negeri dan mencalonkan semula Datuk Seri Shahidan bagi kerusi DUN Tambun Tulang," kata ketua Pemuda Umno bahagian Kangar, Hamuner Hamzah di kediaman rasmi Menteri Besar, di Kangar hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS