Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat penasihat PM bertaraf menteri
Diterbitkan:  Mar 18, 2008 6:54 PM
Dikemaskini: 2:09 PM

kemaskini 8:40pm Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai hal-ehwal pembangunan wanita dan sosial.

shahrizat abdul jalil Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, p elantikan Shahrizat - yang tewas kepada Nurul Izzah Anwar di parlimen Lemban Pantai dalam pilihanraya umum lalu - akan berkuatkuasa esok.

Shahrizat, juga naib ketua Wanita Umno, terpilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal sebelum kalah 8 Mac lalu.

Susulan ketewasannya itu, beliau tidak dilantik sebagai anggota kabinet seperti kenyataan Abdullah minggu lepas.

"Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, beliau juga akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," kenyataan JPM dipetik.

Kementerian tersebut kini diterajui oleh Ketua Wanita MCA,

Datuk Dr Ng Yen Yen.

Pada masa ini, Perdana menteri mempunyai seorang penasihat khas bertaraf menteri berhubung hal-ehwal Islam dan seorang penasihat berhubung hal-ehwal luar negara.

Sementara itu, kira-kira 50 ahli Wanita Umno berhimpun di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya malam ini, dipercayai tidak berpuas hati dengan pengguguran ketua mereka Datuk Seri Rafidah Aziz dan jumlah kecil wakil pergerakan itu dalam kabinet baru.

Barisan anggota kabinetnya yang diumumkan Abdullah hari ini menyaksikan hanya seorang wakil Wanita Umno – Datuk Azalina Othman – dilantik sebagai menteri penuh.

Sebelum ini, pergerakan itu diberikan tiga jawatan menteri.

Tetapi kali ini, selain Shahrizat, Rafidah yang berjaya mempertahankan kerusinya di Kuala Kangsar tidak dilantik semua menganggotai kabinet.

Malaysiakini difahamkan, kumpulan Wanita Umno itu mula berhimpun kira-kira jam 8 malam dan dipercayai mahu menemui perdana menteri.

Bagaimanapun, mereka beredar 10 minit kemudiannya selepas tidak dapat menemui Abdullah.

ADS