Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selangor: Melayu 5, bukan Melayu 5
Diterbitkan:  Mar 21, 2008 12:09 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan Selangor kemungkinan besar menyaksikan komposisi yang sama antara Melayu dan bukan Melayu, berbeza daripada nisbah bawah pentadbiran BN.

PKR mendapat empat anggota, manakala DAP dan PAS masing-masing tiga orang.

Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya wanita - dua wakil PKR, dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.

Sumber-sumber memaklumkan, barisan exco tersebut seperti berikut:

PKR

bullet button Dr Xavier Jayakumar Arulanandam (Seri Andalas)

bullet button Yaakob Sapari (Kota Anggerik)

bullet button Rodziah Ismail (Batu Tiga)

bullet button Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)

DAP

bullet button Teresa Kok (Kinrara)

bullet button Ronnie Liu Tan Khiew (Pandamaran)

bullet button Ean Yong Hien Wah (Seri Kembangan)

PAS

bullet button Dr Hassan Mohamed Ali (Gombak Setia)

bullet button Dr Halimah Ali (Selat Kelang)

bullet button Iskandar Abdul Samad (Chempaka)

Senarai ini, dipercayai telah diserahkan kepada istana, bagaimanapun belum muktamad.

Selangor bawah pentadbiran BN menyaksikan pengagihan enam jawatan kepada wakil rakyat Melayu, dan selebihnya bukan Melayu.

Komposisi barisan exco gaya BN ini menjadi tuntutan sekumpulan warga negeri itu 'Gabungan Melayu Selangor', yang dikepalai ketua Pemuda Umno negeri Abdul Shukor Idrus (wakil Kuang), kelmarin dalam memorandum mereka kepada istana.

Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Beliau akan mengumumkan barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah.

Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: "Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya."

Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Dalam pilihanraya umum lepas, PKR menang 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

ADS