-    +  
Adjust font size:
Hindraf calon Manoharan TMB S'gor
Mar 21, 08 5:35pm
Pemimpin Hindraf yang sedang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebulat suara mencalonkan wakil rakyat Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai timbalan menteri besar Selangor.

Manoharan salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di Kem Tahanan Kamunting di Taiping.

bm lima tahanan hindrafKenyataan mereka itu disampaikan melalui sepucuk surat bertulis tangan bertarikh 19 Mac yang difakskan oleh firma guaman M Manoharan & Co kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Manoharan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan pada 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Beri pengiktirafan

Surat dua halaman itu menyebut, mereka mencalonkan Manoharan sebagai timbalan menteri besar untuk mewakili masyarakat India di Selangor.

Selangor termasuk empat negeri yang jatuh ke tangan barisan pembangkang.

Menurut mereka, Selangor termasuk sebuah negeri yang mempunyai peratusan penduduk India paling ramai di Malaysia.

"Hindraf telah memberi sumbangan besar dalam pilihanraya umum lalu dalam memastikan kejayaan untuk DAP, PKR dan PAS.

"Manoharan, sebagai seorang pemimpin Hindraf dan pemimpin kanan DAP, seharusnya diberi pengiktrafan selayaknya dengan dilantik ke jawatan timbalan menteri besar Selangor," kata mereka.

Mereka juga menegaskan bahawa pelantikan tersebut akan dapat mengurangkan penderitaannya kerana berada dalam tahanan secara haram.

Sebelum ini DAP mencadangkan Teresa Kok, wakil Kinrara, untuk jawatan tersebut, manakala Menteri Besar baru Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum memutuskan kedudukan itu.

Istana Selangor pula mencadangkan jawatan yang kosong itu diisi oleh seorang wakil Melayu.


广告

Diy Day Banner

Advertise here ( RM8/day )

Advertise here ( RM8/day )

Diy Day Banner