Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun PAS parah kemalangan
Diterbitkan:  Mar 22, 2008 4:43 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Galas, Che Hashim Sulaima, 44, cedera parah selepas kereta yang dinaikinya bersama keluarganya terbabas di kilometer 36 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dalam kkira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Bagaimanapun, hari ini keadaan beliau dilaporkan dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat wakil akyat itu di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu hari ini, berkata Che ashim juga telah boleh menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

Menurut polis semalam, isteri Che Hashim - Aida Zakaria, 40, dan anak mereka, Alia, 4, yang patah tangan kanan, serta Amsha, 2 mengalami pendarahan dalam perut.

Dua lagi anak mereka - Najilah, 12, dan Nadiah, 10, cedera ringan.

Che Hashim dan isterinya yang agak kritikal kerana mengalami pendarahan di kepala, dibawa ke Hopital Kuala Krai, manakala dua anak mereka yang cedera itu dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut.

Amsha bagaimanapun terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Krai kerana mengalami pendarahan dalam perut yang serius.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah menziarahi mangsa sebelum mereka dipindahkan ke hospital di Kota Bharu,

Harakah Daily memetik Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad sebagai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam ketika Che Hashim sekeluarga dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh apabila kereta mereka terbabas ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit di tepi jalan.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Che Hashim menewaskan calon Barisan Nasional Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Kerusi Galas yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang itu merupakan kubu kuat Umno. Difahamkan ini adalah percubaan kedua Che Hashim untuk merampas kerusi tersebut dari BN.

ADS