Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco selesai, S'gor belum lantik TMB
Diterbitkan:  Mar 24, 2008 12:23 PM
Dikemaskini: 11:30 AM

Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Selangor, tidak termasuk menteri besar, mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

bm version selangor state exco 2008 Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.

Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim tidak hadir di majlis angkat sumpah hari ini.

Ketika ditanya mengenainya, Teresa berkata, Teng dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina semalam, bahawa beliau tidak menerima jemputan menghadiri upacara tersebut.

Malaysiakini difahamkan, Teng bakal dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada penyokong Teng tidak akan puashati, Teresa berkata ia bergantung kepada reaksi Teng.

Turut menghadiri upacara tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seperti laporan Malaysiakini minggu lalu, komposisi ahli exco yang dilantik hari ini adalah empat dari PKR, tiga dari DAP dan tiga dari PAS.

ADS