Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muslimat tuntut ruang isi kemenangan
Diterbitkan:  Apr 2, 2008 7:10 PM
Dikemaskini: 2:56 PM

Dewan Muslimat PAS berharap Pakatan Rakyat, gabungan tiga parti pembangkang, memberi ruang penyertaan pergerakan Pemuda dan Wanita yang menyeluruh di negeri yang dimenanginya.

pas pkr dap stadium melawati shah alam 310308 02 "Semua entiti dalam parti termasuklah sayap Pemuda dan Wanita (Muslimat) dilibatkan secara menyeluruh dalam usaha mengisi kemenangan di negeri-negeri, termasuk Wilayah Persekutuan, yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," kata setiausaha Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, barisan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS mempertahankan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Di Wilayah Persekutuan, pembangkang menguasai 10 daripada 11 kerusi parlimen.

Aiman Athirah menambah, penubuhan pakatan itu menunjukkan keseriusan PAS, PKR dan DAP memperbaiki kepincangan dan salah urus kerajaan-kerajaan negeri sewaktu ditadbir BN.

"Pakatan Rakyat akan dapat membantu usaha kita untuk memberi 'isyarat' yang sangat serius bahawa rakyat yang menumbangkan BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dan yang memerintah di negeri-negeri 5+1 hari ini adalah kuasa rakyat. Seterusnya yang menjadi sasaran kita juga adalah perkhidmatan cemerlang kepada seluruh rakyat."

pas pkr dap pc barisan rakyat coalition 010408 02 Beliau menegaskan, hanya pemimpin berjiwa rakyat yang akan sentiasa mengutamakan rakyat.

"Rakyat mesti sahut baik Pakatan Rakyat ini untuk kebaikan mereka," katanya.

Pakatan Rakyat diumumkan semalam selepas perjumpaan yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penubuhan pakatan tersebut menyaksikan kerjasama kembali antara PAS dan DAP selepas gabungan lama dua parti itu dalam Barisan Alternatif (BA) gagal bertahan pada 2001.

Selain dua parti itu, BA yang ditubuhkan pada 1999 disertai oleh Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang kemudiannya bergabung menjadi PKR.

DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudian sebagai membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

ADS