Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Pinda semula Perkara 121
Diterbitkan:  Apr 10, 2008 3:33 PM
Dikemaskini: 5:06 PM

Ketua hakim negara Datuk Abdul Hamid Mohamad semalam mengulangi gesaan agar badan kehakiman dibenarkan bertindak bebas tanpa campur tangan kerajaan.

Beliau menggesa parlimen, kerajaan dan badan kehakiman menghormati bidang kuasa masing-masing demi menjaga doktrin pemisahan kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Hamid dilaporkan berkata hakim pula perlu memiliki kekuatan secukupnya bagi menolak sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat kebebasan mereka.

"Apabila orang ramai yakin bahawa anggota badan eksekutif tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim, maka separuh daripada peperangan sudah dimenangi," katanya sewaktu menyampaikan ucapan awal di Persidangan Hakim.

court Tokoh utama DAP Lim Kit Siang hari ini mencadangkan, antaranya, pemulihan kebebasan dan kewibawaan badan itu bermula dengan Perkara 121 Perlembagaan yang telah dipinda pada 1988 sehingga badan kehakiman mudah dipengaruhi oleh dua lagi cabang kekuasaan.

Pindaan 20 tahun lalu itu menyebabkan badan kehakiman tertunduk bawah kekuasaan badan penggubal undang-undang (parlimen).

Peguam Negara, bagi pihak eksekutif, diberikan kuasa menentukan mahkamah-mahkamah tertentu untuk kes-kes tertentu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Lim mencadangkan beberapa lagi langkah yang wajar diberikan perhatian serius untuk memulihkan kewibawaan badan kehakiman sejak krisis dua dekad itu.

Selain menyemak pindaan Artikel 121 perlembagaan, ahli parlimen Ipoh Timur itu mencadangkan reformasi perundangan dimulakan dengan:

bullet button Menutup dengan sewajarnya dan adil krisis kehakiman pada 1988 yang mendorong pemecatan ketua hakim negara waktu itu Tun Salleh Abas dan pemecatan dua hakim kanan, Datuk George Seah dan (allahyarham) Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh.

bullet button Menubuhkan Suruhanjaya Lantikan dan Kenaikan Pangkat dalam Badan Kehakiman.

"Boleh mulakan dengan lebih cepat 'kebangkitan kembali badan kehakiman' dengan bersaranya hakim-hakim yang terlibat dalam salah laku, misalnya tidak menulis hujah penghakiman, memberikan hujah 'penghakiman potong dan tampal' atau menyampaikan penghakiman yang disediakan oleh orang lain," katanya.

Profesor undang-undang Shad Saleem Faruqi dilaporkan pernah berkata, Perlembagaan Persekutuan mengalami banyak perubahan sejak kemerdekaan negara pada 1957 - sehingga awal tahun lepas, terdapat 51 akta pindaan diluluskan atau 700 perubahan dibuat pada dokumen penting itu.

ADS