Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes campur tangan Dr M ditutup
Diterbitkan:  Apr 10, 2008 7:36 PM
Dikemaskini: 5:02 PM

Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau campur tangan dalam Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah ditutup, kata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Kes ini bagaimanapun, tambahnya lagi, boleh dibuka semula jika wujud bukti baru.

mahathir interview 050308 "Jika siasatan dijalankan dengan betul dan sudah siap, apa lagi yang hendak disiasat?

"Selagi buktinya seumpama itu, tiada lagi yang hendak diungkitkan.

"Biarkan ia berlalu," katanya, lapor laman web The Star Online , selepas majlis forum pada hari kedua Persidangan Kehakiman di Putrajaya.

Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, ditemui media itu sebelum forum, berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Abdul Gani.

Ditanya sama ada polis bercadang membuka semula siasatan, Musa berkata "untuk apa? Apakah ada lagi saksi lain? Sama sahaja."

Semalam, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata polis akan menyemak kandungan kertas siasatan untuk memastikan ia dijalankan dengan betul.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS