Samy: Kritikan Dr M lemahkan BN
RK Anand
Apr 18, 08
12:37pm
eksklusif Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa kritikan keras mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan telah melemahkan Barisan Nasional.

samy vellu interview 160408 02Menurutnya, Dr Mahathir sepatutnya memilih cara dan pendekatan yang lebih lembut untuk menyampaikan pandangannya.

"Tun Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara ini. Sebagai bapa negara, beliau sepatutnya mengggunakan cara yang lebih lembut mengenai apa yang harus (kerajaan) lakukan.

"Cara itu akan menguntungkan kerajaan dan juga menguntungkan rakyat, dan bukannya kritikan keras secara terbuka. Itu tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini," kata Samy Vellu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

mahathir mohamad 180108Bekas menteri kerja raya itu berkata sekiranya Dr Mahathir terus-menerus mengecam kerajaan, ia akan menghakis sokongan rakyat kepada kerajaan yang telah dibina beliau sendiri sebelum ini.

Beri Abdullah masa

Samy Vellu juga tidak bersetuju dengan mereka yang mendesak Abdullah supaya berundur ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Katanya, Abdullah yang mengambil alih kuasa pada 2003, harus diberi masa dan ruang untuk sekali lagi melayari bahteranya ke haluan yang betul.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907"Saya tidak rasa, dengan berundur, ia akan menyelesaikan masalah. Saya rasa Abdullah mesti diberi masa dan ketenangan untuk memulihkan keadaan.

"Kemudian beliau memilih penggantinya, serahkan kuasa dalam keadaan yang aman dan bersara seperti Dr Mahathir melepaskan Umno dan kerajaan dalam keadaan aman dan nama yang baik.

"Saya rasa itulah kaedah yang patut diamalkan," tambah Samy Vellu.

Baca berita penuh

Q&A: Anwar did not return the love

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner