Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM disaran sedia pelan reformasi media
Diterbitkan:  May 2, 2008 6:35 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Kerajaan harus mengambil langkah memulihkan kebebasan media selepas tahapnya jatuh merudum sejak beberapa tahun lalu, kata Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI).

"Media harus menjadi sasaran seterusnya usaha perdana menteri selepas (reformasi) sistem kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah," kata pengerusinya Wong Chin Huat.

anti chinese media monopoly 6th 290507 wong chin huat "Malah, kempen pencegahan rasuah tidak akan berjaya apabila akhbar masih tunduk bawah kerajaan, bukan berperanan mengawal (kesilapan) kerajaan."

Menurut tinjauan Freedom House, sebuah badan pemantau kebebasan akhbar, Malaysia berada pada tangga tercorot dalam tempoh empat tahun sejak 2005.

Dalam tinjauan terkini yang dikeluarkan Selasa lalu, Malaysia berada di tangga 141 daripada 195 negara yang dikaji (lihat jadual) .

Kedudukan ini terletak kurang 30 peratus daripada negara yang ditinjau - meletakkan Malaysia dalam kumpulan negara-negara yang paling bawah tidak mengamalkan kebebasan media.

------------------------------------------------------------

Tahun Bil. Negara Dikaji Tangga Peratusan (%)

------------------------------------------------------------

2008 195 141 28.21

2007 195 150 23.59

2006 195 141 28.21

2005 194 151 22.68

------------------------------------------------------------

Wong menambah, di Asia, kebebasan media Malaysia sentiasa lebih teruk daripada beberapa negara jiran yang miskin seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara-negara demokrasi yang lebih kaya seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

makkal ossai anwar ibrahim black 14 160408 "Pelan reformasi dan jadual pelaksanaannya haruslah diputuskan melalui dialog dan perundingan yang melibatkan (wakil-wakil) Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil," kata Wong, seorang pensyarah media, hari ini bersempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia esok.

WAMI menggesa kerajaan memperkenalkan jawatankuasa khas peringkat parlimen mengenai kebebasan media sebagai badan paling baik untuk tujuan tersebut.

Sempena sambutan 3 Mei pada 2006, 37 badan bukan kerajaan pernah menggesa kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat.

"Pengumuman (dua perkara itu) akan menjadi hadiah terbaik untuk Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini," katanya.

ADS