Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
100 penyokong Raja Petra berkumpul malam tadi
Diterbitkan:  May 9, 2008 10:20 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

Polis menahan tiga lelaki yang ditahan polis dalam satu perhimpunan bagi memberi sokongan kepada editor lamanblog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin di Dataran Merdeka, malam tadi.

Bagaimanapun, ketiga-tiganya dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata mereka merupakan antara kira-kira 100 penyokong Raja Petra yang telah berkumpul di Dataran Merdeka sejak jam 8 malam ini.

"Polis yang mengawal keadaan sejak pukul 8 malam ini telah berjaya menyuraikan perhimpunan itu sejam selepas itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kumpulan itu gagal untuk mendapatkan permit bagi perhimpunan itu.

Sepasukan anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi terpaksa digerakkan untuk mengawal lalulintas di hadapan jalan terbabit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS