-    +  
Adjust font size:
Perhimpunan bantah pungutan suara di Burma
Jimadie Shah Othman | May 10, 08 2:32pm
Empat pertubuhan aktivis dalam buangan Burma berkumpul dekat kedutaan negara itu di Kuala Lumpur hari ini untuk membantah pungutan suara bagi perlembagaan baru negara itu.

burmese referendum protest 100508 memorandumBerikutan itu, mereka melancarkan kempen "Tidak" terhadap pungutan suara yang dijalankan oleh junta negara itu.
 
“Perlembagaan yang dirangka oleh SPDC tidak menjamin demokrasi, hak asasi, keadilan dan persamaan sama sekali. Ia ke arah memanjangkan diktator tentera.

"Kami tidak dapat menerimanya sama sekali. Dan kami, aktivis politik dalam buangan mendesak seluruh rakyat Burma memboikot pungutan suara tersebut yang diadakan hari ini (10 Mei).

burmese referendum protest 100508 chanting"Kami juga menggesa orang ramai (rakyat Burma) mengundi “tidak” (terhadap pugutan suara tersebut),” demikian menurut memorandum kumpulan itu hari ini.

Memorandum itu dikeluarkan oleh Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD-LA), Liga Arakan untuk Demokrasi (Exile) atau ALD (Exile), Kongres Nasional Zomi (ZNC) dan Parti Demokratik Masyarakat Baru (DPNS).
 
Memorandum diserahkan oleh jurucakap kumpulan itu, Kaung Mrat, yang juga aktivis ALD, kepada Michelle Ayea yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai “setiausaha” di kedutaan tersebut.
 
Mereka diiringi kira-kira 100 penyokong yang berhimpun dekat kedutaan itu.
 
burmese referendum protest 100508 policeKelihatan anggota bersama tiga trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawasi keadaan di situ. Para aktivis tersebut berkumpul di kawasan sekitar manakala sebahagian lagi berada di depan kedutaan Amerika Syarikat dan di persimpangan jalan di sebelah kedutaan tersebut.
 
Perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
Sebelum itu, Barisan Bersama Rakyat Entik Burma dan penyokong mereka turut menyampaikan memorandum kepada kedutaan yang sama dengan kumpulan yang lebih besar.


广告

Diy Day Banner

Advertise here ( RM8/day )

Advertise here ( RM8/day )

Diy Day Banner