-    +  
Adjust font size:
Ibrahim Ali cari parti 'serasi'
May 11, 08 8:32pm
Datuk Ibrahim Ali hari ini mengakui beliau tidak mampu bertahan lama sebagai ahli Parlimen bebas dan terpaksa juga bernaung di bawah parti untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.

Oleh itu, katanya, beliau kini sedang meneliti beberapa parti yang dirasakan "serasi" dengan pendirian dan pemikirannya namun tidak mahu terlalu gopoh untuk membuat pilihan yang sebaiknya.

ibrahim ali"Saya sedar saya tak boleh selamanya menjadi wakil bebas, saya perlu juga ada parti kerana rakyat mula datang jumpa saya untuk minta bantuan.

"Tapi saya akan ambil masa untuk membuat keputusan, mungkin lima enam bulan lagi kerana saya juga mahu pilih parti yang boleh terima saya seadanya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat menteri besar itu, hari ini.

Menurut laporan Bernama, Ibrahim menang kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS pada pilihanraya umum 8 Mac lalu merupakan satu-satunya wakil bebas di Dewan Rakyat.

Ibrahim, 58, dilucutkan daripada jawatan Ketua Umno bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keahliannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Mengulas hubungan baiknya dengan PAS, Ibrahim berkata beliau juga belum bercadang untuk menyertai PAS walaupun pernah mengadakan kerjasama semasa pilihanraya umum lalu.

"Saya tidak terikat dengan mana-mana pihak termasuk PAS kerana kerjasama yang dijalin dalam pilihanraya lalu memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Bukan saya saja yang untung dalam kerjasama itu, PAS juga dapat untung dari saya," katanya.


广告

Diy Day Banner

Advertise here ( RM8/day )

Advertise here ( RM8/day )

Diy Day Banner