-    +  
Adjust font size:
Polis nafi Karpal Singh ditahan
May 13, 08 3:04pm
Pemangku ketua polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid menafikan khabar angin kononnya pengerusi DAP Karpal Singh ditahan polis hari ini.

"Jangan dengar khabar angin, kita tidak tahan beliau pun," katanya kepada Bernama hari ini.

Khabar angin itu bertiup kencang pagi ini apabila beberapa wartawan menerima SMS yang menyatakan Karpal akan ditahan polis.

Sabtu lalu, Karpal telah memberi keterangan selama kira-kira dua jam kepada dua anggota polis dari ibu pejabat polis Timur Laut berhubung laporan yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataan beliau mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam mengarahkan menteri besar Perak Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan menukar pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury baru-baru ini.

Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dihantar ke pejabat timbalan pendakwaraya.

"Sekarang kita menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaraya," katanya.

Salleh berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata berupa hasutan.


广告

Diy Day Banner

Advertise here ( RM8/day )

Advertise here ( RM8/day )

Diy Day Banner