-    +  
Adjust font size:
Lim: Saya ketepikan arahan bapa saya...
Beh Lih Yi & Steven Gan | May 13, 08 3:50pm
Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, mendedahkan bahawa beliau telah campurtangan untuk mengenepikan arahan bapanya, - pemimpin veteran DAP - Lim Kit Siang, berhubung isu pemulauan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar Perak yang disandang oleh wakil rakyat PAS.

Pada 12 Mac, empat hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan barisan pembangkang - Pakatan Rakyat - menguasai lima negeri, termasuk Perak, Kit Siang menolak pelantikan wakil rakyat PAS sebagai menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Kit Siang berkata keputusan untuk melantik ahli dewan undangan negeri PAS, Mohamad Nizar Jamaludin sebagai menteri besar Perak telah mengejutkan para pemimpin, ahli dan penyokong  DAP dan ekorannya wakil rakyat DAP akan memulau majlis angkat sumpah menteri besar pada keesokannya.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan itu beberapa jam selepas pengumuman dibuat di Ipoh bahawa Raja Muda Perak telah bersetuju dengan pelantikan Nizar sebagai menteri besar.

"Saya mengenepikan (kenyataan tersebut)," kata Guan Eng dalam wawancara selama 70 minit dengan Malaysiakini, di lobi Parlimen seminggu lalu.

Bagaimanapun, bila ditanya sama ada langkah untuk memulaukan upacara angkat sumpah itu satu kesilapan oleh Kit Siang, Guan Eng tidak menjawabnya.

"Saya mengarahkan (wakil rakyat DAP) menghadiri ucapara angkat sumpah (menteri besar). Saya rasa cukuplah setakat itu," katanya.

Keesokannya, Kit Siang - yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur - memohon maaf kepada istana Perak berhubung kenyataannya itu.

Beliau kemudiannya secara peribadi memohon maaf kepada Raja Muda Perak di majlis angkat sumpah menteri besar yang turut dihadiri oleh semua wakil rakyat DAP.

Seorang lagi pemimpin vetean DAP, Karpal Singh, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, kini terbabit dalam kontroversi berhubung kenyataannya mempersoalkan bidangkuasa Sultan Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sejak seminggu lalu, 20 laporan polis dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidangkuasa  terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury serta mengkritik titah ucapan  Tengku Mahkota Kelantan bulan lalu.

[Baca berita penuh]



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner