Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Mukhriz tidak wajar ikut bapa
Diterbitkan:  May 21, 2008 3:44 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Gerakan tidak bersetuju dengan tindakan exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir yang menggesa perdana menteri melepaskan semua jawatan parti dan kerajaan semalam.

"Tindakan Mukhriz boleh menjejaskan Barisan Nasional," kata ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

"Mukhriz sebagai sebahagian gerakan Pemuda BN tidak patut melanggar semangat BN dan seharusnya tidak terbawa-bawa sentimen peribadi dan keluarga."

Beliau mengulas desakan Mukhriz mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatan - presiden Umno, perdana menteri dan pengerusi BN.

Tindakannya itu sehari selepas bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno dalam langkah menggesa Abdullah berundur dan menggesa semua pemimpin dan ahli Umno mengikut jejaknya.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya dan juga ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang turut keluar daripada Umno.

Dalam kenyataannya hari ini, Mah berkata sebagai ahli parlimen Jerlun, Mukhriz seharusnya bersyukur diberikan tempat dalam pilihanraya umum lalu dan harus sentiasa bersama parti "dalam keadaan yang sukar ini."

"Usaha memulihkan keyakinan rakyat kepada BN dan mengukuhkan BN harus menjadi keutamaan semua ahli parti-parti komponen," katanya.

ADS