Keputusan ICJ mengecewakan, kata Karpal
Mei 24, 08 3:04pm
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, adalah sesuatu yang mengecewakan, kata pengerusi DAP, Karpal Singh.

Katanya, keputusan ICJ itu bercanggah dengan kenyataan Menteri
Luar, Datuk Seri Rais Yatim yang menyifatkannya sebagai situasi "menang-menang".

Sebaliknya, kata ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Puteh itu jelas lebih menguntungkan Singapura.

karpal singh 01Karpal berkata, pertikaian pokok adalah mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh dan bukannya sangat mengenai Terumbu Karang Tengah atau yang juga dikenali sebagai Middle Rocks.

Oleh itu, katanya, Malaysia harus menerima hakikat bahawa ia telah kalah kepada Singapura, dari segi maruah dan pulau tersebut.

Karpal berkata, dalam sesuatu penghakiman, memang akan ada pihak yang kalah dan pihak yang menang.

Bagaimanapun, beliau tertanya-tanya sama ada kerajaan Malaysia telah mendapatkan nasihat perundangan yang secukupnya - dari segi politik dan psikologi - berhubung perkara tersebut.

"Malaysia tidak sepatutnya bersetuju membawa perkara itu kepada ICJ kecuali jika ia benar-benar yakin boleh menang," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, keputusan ICJ itu boleh membawa kepada pertikaian lain yang membabitkan soal maritim antara Malaysia dan Singapura.

Karpal berharap, Singapura tidak akan mengeksploitasi kemenananganya dengan menjadi angkuh.

Dalam penghakimannya semalam, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner