Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Ezam perlu bermula dari bawah
Diterbitkan:  May 29, 2008 12:11 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penerimaan ahli-ahli Umno terhadap Ezam Mohd Nor yang menyertai semula Umno semalam, bergantung kepada cara dan pendekatan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu sendiri yang perlu bermula dari peringkat bawah.

"Inilah kekuatan Umno, tiada individu yang lebih penting daripada parti. Asas perjuangan Umno tidak berubah mengikut keadaan," katanya.

Ezam menyerahkan borang permohonan menjadi ahli Umno seumur hidup kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno semalam.

Menurut laporan Bernama, Hisham berkata, beliau akan mengadakan satu pertemuan dengan Ezam bagi menjelaskan perkara berhubung kemasukannya ke dalam Umno.

Beliau bagaimanapun berkata tarikh dan tempat pertemuan itu belum ditetapkan lagi.

"Dia (Mohamad Ezam) ada kata mahu jumpa saya khususnya berbincang mengenai perkara yang saya bangkitkan sebelum ini iaitu manfaat kemasukannya, keikhlasannya kepada Umno dan peranannya apabila memasuki Umno.

"Saya juga terfikir bagaimana dia tergerak hati untuk bersama dengan kita (Umno) dan mengapa orang yang begitu rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Mohamad Ezam, bekas Timbalan Presiden, Dr Chandra Muzaffar dan Datuk S. Nallakarupan, begitu kecewa dengan Anwar," katanya.

Hishammuddin berkata tindakan mereka ini menimbulkan tandatanya bukan sahaja kepada anggota Umno malah orang di luar Umno mengenai keikhlasan Anwar.

ADS