Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li nafi tarik diri tanding presiden
Diterbitkan:  May 30, 2008 5:40 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding presiden Umno jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat.

"Itu tidak betul. Saya menawarkan diri untuk membantu memulihkan keadaan dalam negara yang tidak begitu baik.

tengku razaleigh "Bukan kerana Pak Lah undur atau tidak," kata ahli parlimen Gua Musang selepas merasmikan Persatuan Seni Silat Tomoi Kelantan di Kuala Besar di Kota Bharu hari ini.

"Apa pun saya nak tunggu sehingga bulan Disember ini," kata Tengku Razaleigh, yang juga ketua bahagian Umno Gua Musang.

Menurut Bernama , beliau juga ditanya mengenai kemasukan semula ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor kepada Umno.

Beliau berkata, Ezam boleh membantu menarik sokongan golongan muda yang ketika ini cenderung kepada pembangkang untuk menyertai parti Melayu itu.

Katanya, Ezam mempunyai pengaruh besar terhadap politik negara dan mempunyai pengikut, terutama golongan muda ketika bersama PKR sebelum ini.

Kemasuk Ezam

ezam mohd nor column pix "Saya rasa Ezam boleh membantu menarik golongan muda ke dalam Umno kerana dia seorang ahli politik yang ada pengaruh dan boleh membantu," katanya.

Untuk itu, tambah Tengku Razaleigh, beliau sanggup bersama pemimpin lain bagi membantu menarik golongan muda menyertai Umno.

Veteran Umno itu juga berkata Ezam boleh membawa idea-idea baru untuk sama-sama membantu menyumbang kebaikan masyarakat dan juga Umno.

"Umno boleh guna Ezam jika dia benar-benar ikhlas untuk berjuang dalam Umno," katanya.

Beliau juga berkata selain Ezam, Umno perlu membuat sesuatu untuk mempelawa mana-mana bekas pemimpinnya untuk kembali kepada parti itu.

"Saya rasa apa yang Tun (Dr Mahathir Mohamad) buat (keluar Umno) sebenarnya dia masih mempunyai jiwa Umno dan tegurannya sebelum ini, bagi saya, untuk kepentingan Umno dan negara juga," katanya.

ADS