-    +  
Adjust font size:
DBKL: Bantahan Pakatan Rakyat berkesan
Muda Mohd Noor | Jun 12, 08 5:34pm
Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan kadar lama bayaran letak kereta membuktikan bahawa  bantahan  ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah berkesan.

tian chua 03 240505"Baguslah...tetapi kita hendak tahu lebih lanjut mengapa mereka umumkan kenaikan itu semalam," kata ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua.

Ketua Penerangan PKR itu menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan DBKL bahawa kadar bayaran tempat letak kereta di bandaraya kekal sejak tahun 1984.

Semalam media melaporkan DBKL akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta dari 60 sen kepada 80 sen sejam iaitu kenaikan sebanyak 35 peratus mulai Isnin ini.

hakim borhan dbklBernama
memetik Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hakim Borhan sebagai berkata, kenaikan itu berkutan pelaksanaan sistem letak kereta elektronik (SLKE) di bandararaya itu.

Ekoran itu, 10 ahli Parlimen Pakatan membantah  tindakan DBKL itu dan menyifatkannya umpama menangguk di air keruh dan menambahkan lagi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Bantah lanjut masa

abdul khalid ibrahimSepuluh ahli Parlimen terbabit ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr. Tan Seng Giaw, Teresa Kok, Dr. Lo’lo’ Mohammad Ghazali,  Fong Kui Lun, Wee Choo Keong, Tan Kok Wai, Tian Chua, Lim Lip Eng dan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, hari ini, DBKL mengeluar kenyataan menjelaskan bahawa tiada kenaikan bagi tempat letak kereta, walaupun sistem SLKE dilaksanakan mulai 6 Jun lalu.

Stan kok waiementara itu, ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, pengumuman mengekalkan kadar lama sedikit melegakan tetapi warga kota tetap membantah tempoh masa sehingga jam 10 malam dan turut dikenakan bayaran pada hari Ahad termasuk cuti am.

"Ini membebankan penduduk yang tinggal di rumah kedai kerana mereka terpaksa membayar bayaran kereta itu.

"Saya rasa bayaran hanya patut dikenakan sehingga jam 5 petang sahaja," katanya.

Katanya, ia juga boleh menggalakkan pengguna kereta mendapatkan khidmat `jaga kereta' haram kerana bayarannya cuma RM1.
 
Kontrak swasta

Tan berkata, peraturan baru DBKL itu menyebabkan penghuni rumah kedai merasa bimbang mengenai keselamatan kenderaan masing-masing termasuk ditarik oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL merancang sistem meletak kereta yang lebih baik supaya tidak membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Cheras itu juga mempersoalkan keberkesanan penswastaan sistem meletak kenderaan di Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu.

"Saya mendapat tahu kontraktor swasta itu tidak membayar wang kutipan kepada DBKL," katanya lagi.

dr loloDr Lo'lo' pula berkata, DBKL juga tidak pernah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan untuk memanjang tempoh bayaran tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersama wakil rakyat Pakatan yang lain akan membawa isu tersebut kepada DBKL supaya dikaji semula.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner