Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuduhan Chin ingin 'tutup mulut' saya
Diterbitkan:  Jun 13, 2008 11:39 PM
Dikemaskini: 4:45 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan beliau pernah mengugut hakim-hakim pada 1997 agar menyebelahi kerajaan bertujuan "menutup mulutnya" daripada terus bercakap mengenai kepemimpinan negara ini.

Mengulas kenyataan seorang hakim Mahkamah Tinggi awal minggu ini, mantan perdana menteri berkata beliau tidak berdiam diri dan akan terus bersuara melalui blognya.

"(Tuduhan) ini dari satu sudut adalah cara mereka boleh menghentam saya kerana terus bercakap, tapi saya tidak akan berhenti.

judge ian hn chin ding kuong hiing wong hua seh and sarikei parliament election judgement 100608 "Saya akan terus menulis dalam blog saya," beliau dilaporkan berkatanya ketika ditemui media dalam lawatan ke Langkawi hari ini.

Menurut Bernama , ditanya sama ada beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan itu, beliau berkata:

"Saya nak bawa ke mahkamah mana? Saya bukan ada duit dan tak tau boleh menang atau tidak".

Sebelum mendengar petisyen pilihanraya kawasan Sarikei pada Isnin lalu, hakim Datuk Ian Chin, memberitahu kedua-dua belah pihak terbabit bahawa Dr Mahathir pernah mengugut hakim-hakim dalam satu persidangan pada 1997 untuk melucutkan jawatan mereka melalui penubuhan sebuah tribunal.

Chin mendakwa, sebulan kemudiannya, beliau serta beberapa hakim dan pegawai kehakiman telah dihantar menghadiri kem indoktrinasi, supaya memberi keutamaan kepada kepentingan kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS