-    +  
Adjust font size:
Khaled: Segerakan pindaan Auku
Jun 17, 08 3:25pm
Peguam Negara diharapkan menyegerakan proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu, kata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Kami (kementerian) belum menerima sebarang pindaan atau komen daripada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun saya harap ia boleh diselesaikan segera," katanya di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) malam tadi.

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu."

Menurut Bernama, Mohamed Khaled berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

Mei lepas, pada persidangan Dewan Rakyat, beliau berkata pindaan akta itu bertujuan memberi kebebasan kepada penuntut universiti berikutan kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam AUKU menyekat kreativiti pelajar dan pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner