Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak rasa tergugat walaupun dicabar seorang ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Rembau dalam pertandingan ketua Pemuda bahagian itu.

AJK berkenaan Azman Mohd Shah yang juga ketua Pemuda cawangan Kampung Seliau dilaporkan berkata, keputusannya itu bagi membawa perubahan dari segi kepimpinan pergerakan berkenaan.

Khairy malah mengalu-alukan pertandingan tersebut dengan alasan ia amalan demokrasi dalam Umno.

"Kita tahulah siapa menang dan kalah nanti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, beliau belum membuat keputusan untuk jawatan peringkat kebangsaan, termasuk mempertahankan jawatannya kini.

"Tunggulah," tambahnya ringkas tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu dalam sidang medianya, ahli parlimen Rembau itu mencadangkan cukai Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibayar kepada kerajaan dikembalikan kepada pengguna.

Katanya, ini membolehkan TNB tidak perlu menaikkan kadar tarif elektrik atau hanya menaikkan dengan kadar yang sedikit sahaja.

"Saya tahu kesan daripada kenaikan kadar tarif ini telah menyebabkan kesan inflasi yang besar," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS