Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula pelantikan seorang ahli politik mengisi jawatan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diperuntukkan kepada wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Gesaan tersebut dibuat oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyatan hari ini.
Beliau berkata, menurut pengumumannya, sejumlah 24 ahli majlis baru dilantik termasuk empat dari PAS, tujuh dari PKR dan enam dari DAP, manakala baki tujuh jawatannya lagi diperuntukan untuk NGO dan persatuan penduduk di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, katanya, beliau telah dimaklumkan bahawa seorang ahli parti politik telah dilantik menggantikan presiden sebuah persatuan penduduk, di bawah peruntukan NGO.
"Di samping itu, saya juga telah dimaklumkan bahawa ianya (petukaran itu) dilakukan pada saat-saat akhir bagi mengelak sebarang bantahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Tony menggesa kerajaan negeri supaya mengkaji semula keputusan tersebut bagi memastikan pelantikan ahli parti dihadkan kepada kuota parti yang telah ditetapkan sahaja
Di samping itu, tambahnya, keutamaan pelantikan bagi memenuhi kuota NGO dan persatuan penduduk hendaklah dari kalangan mereka yang benar-benar layak sahaja.
Pua berkata, tindakan penting diambil supaya ia tidak mencacatkan perubahan dalam sistem pelantikan ahli majlis yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, termasuk pelantikan anggota NGO dan golongan kurang upaya (OKU), bagi menjamin ketelusan dan urus tadbir yang baik.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites