-    +  
Adjust font size:
Anifah: Saya masih yakin dengan BN
Jun 27, 08 3:23pm
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman berkata tidak perlu beliau mengetuai kumpulan "ahli Parlimen Bebas" dari Sabah dan Sarawak untuk mendesak perubahan politik di negara ini.
    
"Sebagai seorang ahli Parlimen dari Sabah, saya hanya menjalankan hak demokrasi saya untuk menyuarakan isu-isu Sabah di Parlimen, tetapi saya masih menaruh keyakinan penuh terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan perkhidmatan baik.
    
"Tidak perlulah saya mengetuai kumpulan seumpama itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Anifah diminta mengulas perkara itu yang dibangkitkan oleh Parti Progresif Sabah  (SAPP) semalam. Semasa mencadangkan perkara itu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menyifatkan Anifah sebagai seorang yang "berani dan berpandangan jauh" yang telah turut  membangkitkan isu-isu yang sama seperti parti kaum Cina Sabah itu.
    
Yong berkata Anifah juga muncul dengan perspektif baru tentang isu-isu seperti autonomi Sabah dan Sarawak dengan melihat semula Artikel 161E(4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan imigresen dan kewarganegaraan, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Borneo, agama, bahasa dan hak pribumi yang timbul daripada "20 Perkara" yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963.
        
Anifah berkata walaupun beliau lantang dalam menyuarakan beberapa masalah yang dihadapi Sabah, termasuk hak negeri mengikut Perlembagaan  Persekutuan, ia tidak bermakna yang beliau tidak lagi menyakini perjuangan BN.
    
"Saya berkongsi sesetengah masalah yang dibangkitkan oleh SAPP tetapi saya masih yakin dengan perjuangan BN dan saya akan terus bersuara di Parlimen demi kebaikan rakyat dan negeri," kata adik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman itu.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner