-    +  
Adjust font size:
Karpal: Beri Dr M peluang bela diri
Jun 27, 08 4:48pm
Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberi peluang untuk membela diri terhadap dakwaan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin, bahawa beliau telah mengugut hakim-hakim pada 1997 supaya membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan dan menghantar mereka ke kem pemulihan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

ian chin ian hn chin judgeKatanya, Chin membuat dakwaan yang serius itu terhadap mantan perdana menteri sewaktu perbicaraan satu kes petisyen pilihanraya di Sibu.

Bagaimanapun, katanya, semua tuduhan tersebut dibuat oleh hakim berkenaan di bawah perlindungan imuniti mahkamah.

Sehubungan itu, Karpal yang juga seorang peguam berkata, Chin tidak harus menyalahgunakan proses mahkamah untuk membuat pendedahan mengecam Dr Mahathir.

Sebaliknya, kata beliau, Chin harus mempunyai keberanian untuk membuat dakwaan terhadap Dr Mahathir tanpa perlindungan imuniti tersebut.

mahathir mohamad 01Langkah tersebut, kata Karpal, akan memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk membawanya ke mahkamah.

Katanya lagi, Dr Mahathir telah membuat dakwaan tertentu terhadap Chin dan menggesa supaya ditubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan salahlaku kehakiman terhadapnya (Chin).

"Jika dakwaan Dr Mahathir itu ada meritnya, maka tindakan perlu harus diambil terhadap Ian Chin," katanya sambil menambah bahawa Dr Mahathir mempunyai setiap hak untuk berbuat demikian.

Kerajaan juga, tegas Karpal, tidak seharusnya, dalam apa cara sekalipun, memberi persepsi kepada rakyat bahawa Dr Mahathir tidak lagi mempunyai hak seorang rakyat untuk menuntut keadilan.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner