MP Pakatan boikot keluar dewan
Jun 30, 08 5:22pm
Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat kerana membantah tindakan Speaker membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan butiran yang tidak disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapan kajian separuh penggal RMK9 Khamis lalu.

gobind singh deo and pakatan mp walkout of parliament 300608 06Mereka berhujah ucapan Najib itu melanggar perintah tetap dan konvensyen sidang Parlimen.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan ucapan Najib itu sebagai tidak menghormati amalan, prosedur dan peraturan Parlimen.

Katanya, Najib dibenar menyalahguna Perintah Tetap 14 (1)(i) untuk membuat kenyataan menyokong laporan separuh penggal itu, yang sepatutnya beliau buat ketika menyokong ucapan Abdullah Khamis lalu.

"Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Najib, timbalangobind singh deo and pakatan mp walkout of parliament 300608 04 perdana menteri itu tidak berkata apa-apa ketika dia bangun menyokong ucapan perdana menteri," kata Lim dalam blognya hari ini.

Kehadiran polis


Lim berkata, subjek yang patut dibangkitkan hari ini ialah mengenai kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa mencari perlindungan di Kedutaan Turki kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Sementara itu, ramai polis kelihatan berada di Parlimen hari ini ekoran bantahan PKR terhadap dakwaan konspirasi kerajaan terhadap Anwar.

Ahli Parlimen PKR dan penyokong parti itu berhimpun di Parlimen pada jam 1 tengahari tadi kerana membantah dakwaan ancaman pembunuhan terhadap Anwar, yang kini berlindung di kedutaan Turki.

gobind singh deo and pakatan mp walkout of parliament 300608 02Dua trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan di jalan menuju ke Parlimen manakala dua buah lagi ditempatkan di halaman Parlimen.

Kira-kira 40 hingga 50 orang dari pelbagai badan dan NGO, serta wakil rakyat PKR, diberi taklimat mengenai keadaan Anwar.




Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner