-    +  
Adjust font size:
Vigneswaran diajak sertai kelab PAS
Jul 1, 08 3:22pm
Bekas ketua Pemuda MIC SA Vigneswaran, yang mengambil keputusan mengejut meninggalkan parti itu kelmarin, diundang menyertai Kelab Penyokong PAS.

Bekas ahli parlimen Kota Raja dilaporkan berbuat demikian selepas diarahkan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meletakkan jawatan kerana tempoh usianya melebihi 40 tahun.

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata PAS mengalu-alukan kehadiran Vigneswaran dan beberapa pemimpin Pemuda MIC Kedah yang meletakkan jawatan sebagai membantah tekanan Samy Vellu kepada pemimpin mereka itu.

"Marilah kita bersama berganding bahu untuk memperjuangkan keadilan untuk semua kaum di dalam negara yang kita cintai ini," katanya, yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner