Semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) diminta menyediakan akses internet tanpa wayar menerusi sistem WiFi secara percuma di seluruh kawasan kampus masing-masing dalam tempoh dua tahun akan datang.
Timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Idris Haron berkata kemudahan itu hanya boleh diakses di sesetengah tempat sahaja di kebanyakan kampus.
"Kemudahan WiFi itu merupakan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan universiti. Semua universiti sebenarnya telah ke arah itu (WiFi), cuma belum menyeluruh," katanya selepas merasmikan persidangan pengajian tinggi kebangsaan 2008 hari ini.
Mengulas keputusan kementeriannya membenarkan satu rangkaian kafe francais yang dilengkapi WiFi beroperasi di IPTA, lapor Bernama, beliau berkata ia bersesuaian dengan gaya hidup remaja masa kini.
"Daripada mereka keluar ke kafe di luar, lebih baik adanya kafe dalam universiti yang dilengkapi WiFi supaya aktiviti mereka dapat dipantau," katanya.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites