|
Selepas Pulau Pinang dan Selangor, hari ini, Umno Melaka pula menyuarakan sokongan padunya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengekalkan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu Disember ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, semua bahagian Umno di negeri itu akan mencalonkan Abdullah (foto) mengekalkan jawatan presiden dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengekalkan jawatan timbalan presiden.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Melaka pada 3 Julai lalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Ali berkata mesyuarat itu dihadiri kesemua enam ketua Umno bahagian di negeri itu, demikian menurut laporan Bernama.
Sebelum ini, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Selangor turut menyatakan sokongan kepada Abdullah dan Najib untuk terus menerajui parti itu. Umno Selangor mempunyai 22 bahagian manakala Pulau Pinang mempunyai 13 bahagian. esyuarat bahagian
Mesyuarat cawangan Umno akan bermula 17 Julai ini, manakala mesyuarat bahagian bermula pada 9 Oktober depan. Perhimpunan agung yang akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno akan berlangsung pada 16-21 Disember depan. Menurut sistem kuota dalam Umno, calon untuk jawatan presiden perlu memperolehi 30 peratus pencalonan (58 dari 191 bahagian Umno), timbalan presiden 20 peratus (38 bahagian), naib presiden 10 peratus (19 bahagian) dan majlis tertinggi 5 peratus (10 bahagian).
Setakat ini, ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan mencabar Abdullah bagi jawatan presiden Disember ini.
Negeri-negeri yang menjadi tumpuan kerana mempunyai jumlah perwakilan teramai ialah Johor - yang mempunyai 25 bahagian, Sabah (25), Perak (24), Kedah (15), Pahang (14) dan Kelantan (14). Setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan yang terdiri daripada enam pemegang jawatan di peringkat bahagian dan tujuh lagi dipilih dalam mesyuarat |