-    +  
Adjust font size:
372 SJKT jadi sekolah bantuan penuh
Jul 11, 08 2:16pm
Sebanyak 372 sekolah Tamil yang pada masa ini mendapatkan sebahagian bantuan, akan dijadikan sekolah bantuan penuh.

Keputusan tersebut dibuat oleh jawatankuasa kabinet bagi meninjau keperluan kaum India.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, keputusan itu tersebut dalam mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut pada 1 Julai lalu.

Beliau melaporkan beliau sebagai berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut dijangka dibincangkan dalam perhimpunan agung MIC ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara esok.

Samy Vellu berkata, perhimpunan itu juga akan membincangkan langkah pembaharuan parti itu ekoran prestasi paling buruknya dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan perhimpunan tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dijangka hadir.
    
Samy berkata, persidangan sehari itu akan memberi tumpuan kepada penjenamaan semula parti bagi membolehkan lebih semua ketua cawangan parti yang hadir memahami konsep itu.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner