-    +  
Adjust font size:
Bantah 'campur tangan politik' di IPT
Jimadie Shah Othman | Jul 15, 08 2:25pm
dikemaskini Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menulis surat kepada menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendesak supaya pilihanraya kampus selepas ini bebas daripada "campur tangan keterlaluan" politik kepartian.

Surat berkenaan isu yang sama juga akan dikirim kepada timbalan nya dan naib canselor institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).

Presiden persatuan itu Hilmi Ramli berharap menteri pelajaran dan timbalannya serta naib canselor universiti masing-masing dapat memainkan peranan mereka memastikan pilihanraya kali ini bebas daripada sebarang gangguan.

"Kita mahu kampus bebas daripada gangguan-gangguan yang tidak dikehendaki," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, dalam pemilihan tahun-tahun lalu, terdapat parti-parti politik terlibat dalam proses pemilihan barisan pemimpin mahasiswa.

Surat desakan itu akan dihantar bulan depan menjelang pilihanraya kampus, kata Hilmi.

Dua minggu sebelum pilihanraya kampus tahun lalu, kira-kira 200 pelajar universiti berhimpun mengadakan bantahan di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Manakala Najib dan beberapa menteri pula mengadakan perjumpaan tertutup dengan 300 pelajar di bangunan tersebut untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan pelajar.

Calon pro-kerajaan yang disokong oleh pihak berkuasa universiti menang besar dalam pilihanraya kampus di hampir semua universiti, selepas penamaan calon ditutup, berikutan tindakan kumpulan anti-establishment memulaukan pilihanraya.

Dalam pilihanraya tahun lalu juga, pemulauan itu membolehkan calon kumpulan Aspirasi kerajaan menguasai semula Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mereka turut menguasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ia berlaku di lima universiti utama – Universiti Putra Malaysia (UPM), USM, UIA, UTM dan UPSI – kerana pemilihan didakwa tidak dijalankan secara bebas dan adil.

Ekoran itu, lapan rakan mahasiswa dari Universiti Malaya (UM), UPM dan USM, dilaporkan telah dikenakan tindakan disiplin mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pelbagai peraturan universiti.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner