-    +  
Adjust font size:
Gani, Musa: PKR alukan jaminan PM
Jul 21, 08 7:02pm
PKR mengalu-alukan jaminan perdana menteri untuk tidak melibatkan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam siasatan dakwaan liwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun (keputusan terbaru) ini bercanggah dengan kenyataan awal perdana menteri bahawa beliau (Abdullah) mempunyai keyakinan penuh terhadap siasatan polis tentang perkara ini, kesedaran bahawa polis kurang kewibawaan dan integriti mengendalikan siasatan mereka, termasuk terhadap Anwar, menunjukkan satu tanda positif," kata timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali.

Bagaimanapun, tambahnya, kewibawaan Musa dan Abdul Gani tidak mudah dipulihkan dengan jaminan Abdullah.

Dr Syed Husin juga menggesa dua tokoh di institusi penting negara itu digantung tugasnya susulan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dibuat oleh Anwar dengan mendakwa Musa dan Abdul Gani pernah terlibat memalsukan laporan dalam kesnya 10 tahun lalu.

"Sebagai ketua di jabatan masing-masing, munasabah (kita) meragui keupayaan polis dan Jabatan Peguam Negara bertindak tanpa memihak dalam siasatannya. Sebaik-baiknya mereka berdua digantung tugas serta-merta sementara menunggu hasil siasatan BPR," katanya.

Peguam-peguam Anwar, katanya, akan memerhatikan dengan penuh waspada pendakwaan siasatan yang sedang berjalan ini dan akan menentang sebarang langkah atau tindakan yang di luar batasan perundangan.

"Sejak penangkapan Anwar oleh pasukan komando bertopeng, soal siasatan terhadapnya, pemeriksaan tubuh dan diminta berbogel, dan kemudian ditahan di bilik konkrit, kami benar-benar kecewa apabila tiada seorang pun pemimpin BN yang menyatakan rasa kesal atas layanan (polis) terhadapnya (Anwar)," kata Dr Syed Husin lagi.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner