-    +  
Adjust font size:
Muhd Taib tanding naib presiden
Jul 22, 08 1:10pm

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan  parti Disember ini.

muhammad muhd taibMuhammad menyertai 15 lagi pemimpin Umno yang setakat ini menyatakan hasrat bertanding jawatan itu.
    
"Saya ingin memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran  baru khasnya membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan kekuatan Umno menjadi saluran perdana  perjuangan orang Melayu," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
    
Muhammad juga ketua penerangan Umno berkata Umno memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan  parti dan masa depan orang Melayu, khususnya untuk menambahbaik kehidupan orang  Melayu di luar bandar dan penyusunan semula masyarakat untuk mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan.
    
Beliau melaporkan beliau berkata, tugas kepimpinan Umno pada hari ini adalah memperkukuhkan perpaduan Melayu  di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat, serta mengembalikan Umno  sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.

Dalam pemilihan lalu, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Seri Isa Samad memperolehi undi terbanyak (1,507).

Bagaimanapun, beliau terlucut jawatan tersebut selepas digantung keahliannya kerana terbabit dengan politik wang.

Tempat kedua diduduki oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Muhammad pula memperolehi 1,177 undi untuk berada di tempat keempat. Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua penerangan Umno.

shahrir samad 250907Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau tidak akan bertanding bagi merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Disember ini.

"Untuk bertanding ke jawatan itu, saya tidaklah akan sampai ke situ,"
 katanya dalam program bual bicara Helo Malaysia Bernama TV di saluran 502 Astro malam tadi.

Beberapa pemimpin Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal serta penyandang Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner