Solat hajat PAS sebelum konsert Avril
Abdul Rahim Sabri & Muda Mohd Noor
Ogos 29, 08
11:46am
kemaskini 9:15pm Sekumpulan kecil ahli Pemuda PAS mengadakan solat di luar Stadium Merdeka malam ini bersempena membantah konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne.

Kira-kira 20 anggota Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor menunaikan solat maghrib dan diikuti solat hajat di kawasan lapang tepi tempat letak kereta depan stadium.

Jumlah itu meningkat hampir 100 orang sewaktu mereka mengedarkan 2,000 risalah nasihat kepada pengunjung Islam selama sejam selepas solat hajat itu, kira-kira 7.45 malam.

Rancangan dewan itu untuk mengumpulkan lebih 500 ahlinya bagi mengadakan perhimpunan di situ gagal dengan alasan "kesesakan lalu lintas", kata ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad kepada Malaysiakini di luar stadium.

Bagaimanapun, katanya pagi tadi, perhimpunan solat itu "bukan untuk menghalang pengunjung" ke konsert tersebut tetapi untuk "menunjukkan syiar sembahyang dalam Islam."

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, yang mengetuai kempen dakwah itu, menyifatkan penonton Islam ke konsert itu sebagai "mereka yang tidak mengira dosa pahala, syurga neraka."

"Kita berharap usaha (dakwah) ini tidak sia-sia," katanya.

Malaysiakini difahamkan, beberapa pengunjung mengoyak risalah yang diedarkan, sementara yang lain enggan menerimanya.

avril lavigne concert merdeka stadiumPemuda PAS paling lantang membantah konsert ini sejak awal Ogos sehingga Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bercadang menangguhkannya ke suatu tarikh lain.

Bagaimanapun kementerian berkenaan mengambil sikap meneruskan semula rancangan asal persembahan itu hujung minggu lalu.

Penyanyi popular kelahiran Kanada itu dijadual mengadakan persembahan bertenaganya mulai jam 9 malam dalam siri jelajah antarbangsanya di Asia Tenggara.

Nasrudin awal minggu ini menyifatkan penyanyi manis itu memaparkan tarian "mengghairahkan".

"Avril adalah penyanyi seksi dan penampilannya, saya anggap, sebaris dengan Mariah Carey," katanya kepada Malaysiakini.

Konsert itu dibantah dengan alasan ia tidak sesuai diadakan menjelang sambutan bulan Ramadhan yang akan bermula awal September dan juga sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, lebih 200 mahasiswa, anggota badan bukan kerajaan dan parti politik berkumpul di perkarangan Masjid Negara hari ini bagi membantah konsert tersebut.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Dzulkhairi Mohd berkata konsert Lavigne sewajarnya dihentikan bagi
mengelakkan pengaruh negatif terhadap golongan remaja.

Sementara itu, kerajaan Kedah yang kini ditadbir oleh PAS hari ini dilaporkan telah mengharamkan semua bentuk konsert.

Menurut exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh, konsert rock, reggae, pop dan dangdut tidak dibenarkan.

Bagaimanapun persembahan nasyid dan lagu patriotik diizinkan.

Tambahnya, garis panduan hiburan yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dilaksanakan di Kedah.

Kerajaan negeri juga sedang merangka garis panduan yang lebih lengkap, kata Dr Ismail lagi.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner