| Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 1 September. Pengumuman tersebut oleh pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini. Menurut kenyataan itu, bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, tarikh permulaan puasa bagi egeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 September 2008.
|