Dewan Ulama tolak tanggapan Mat Sabu
Jimadie Shah Othman
Sep 8, 08
1:10pm
Dewan Ulama PAS menolak tanggapan bahawa kepimpinan golongan tersebut, terutamanya golongan muda di bawah 40 tahun, kurang berkesan dan tidak menguasai ilmu-ilmu kontemporari.

“Ulama ada bidangnya, seperti juga ahli ekonomi ada bidangnya, orang politik ada bidangnya. Tidak semestinya (tahu) semua bidang,” kata ketua dewan itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Beliau diminta mengulas kenyataan naib presiden parti itu, Mohamed Sabu minggu lalu yang mendakwa pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis - pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.

Dewan Ulama berpendapat, perkara itu berpunca daripada sistem pendidikan sekarang yang menjuruskan kepada satu-satu bidang sahaja.

Di zaman dahulu, tambah Mohamed, ulama turut mempelajari bidang-bidang lain seperti falsafah, kedoktoran dan ekonomi.

“Semua ada kebolehan masing-masing. Macam Datuk Dr Haron Din, dia profesor, macam Datuk Harun Taib, kajian-kajian dia lebih. Saya rasa mereka (ulama sekarang) lebih pandai daripada dulu,” katanya kepada Malaysiakini.

Perlu penilaian semula


Diminta mengulas cadangan Dewan Pemuda dalam muktamarnya bulan lalu bahawa kepimpinan ulama memerlukan penilaian semula, Mohamed berkata, perkara itu tidak timbul kerana dalam politik, fokusnya adalah kemenangan.

“Yang pentingnya boleh memerintah, boleh buat kerja. Kita manggabungkan pelbagai bidang, antara ulama dan golongan profesiobal. Semua ada bahagian masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Ulama sangat “sangat tidak setuju” dengan saranan yang dibuat oleh ketua pemudanya Salahuddin Ayub melalui ucapan dasarnya kerana “boleh membawa pecah belah” dalam PAS.

“Dulu pun di (Muktamar PAS ke-53) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), mereka (perwakilan) sindir kita macam-macam, ada kata ulama macam tin kosong,” katanya yang menyifatkan sindiran itu sebagai “ada tujuan”.

Mohamed bagaimanapun setuju bahawa golongan itu perlu meningkatn pengetahun dan bersifat lebih terbuka.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner