Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mempunyai sembilan hari lagi untuk membuat keputusan sama ada beliau akan bersara atau mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno yang telah ditangguhkan ke Mac tahun depan.

Jumaat lalu, mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu "untuk memudahkan peralihan awal kuasa" dari Abdullah kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

abdullah steps down biggest losers 290908 Abdullah belum mengesahkan sama ada akan mempertahankan jawatannya atau tidak, dan beliau akan hanya berbuat demikian sebelum Umno bahagian bermesyuarat mulai 9 Oktober ini.

Perdana menteri terpaksa mempercepatkan tarikh awal peralihan kuasa pada Jun 2010 selepas dilaporkan mendapatkan tekanan hebat supaya bersara lebih awal.

Bagaimanapun, bukan Abdullah atau penyokongnya sahaja yang akan rugi jika beliau bersara.

Malaysiakini bercakap kepada beberapa penganalisa dan pemerhati politik untuk mengetahui siapakah yang lainnya yang turut rugi jika Abdullah bersara.

Berada di tempat tertinggi dalam senarai tersebut ialah menantu Abdullah - Khairy Jamaluddin yang juga ahli parlimen Rembau, yang didakwa merupakan 'kuasa' di sebalik Abdullah - walaupun Khairy berulangkali menafikannya.

Baca berita penuh

ADS