Umno Bahagian Sandakan hari ini mengesahkan bahawa mesyuarat Puteri Umno bahagian itu, Khamis lalu tidak sah.
Ketua Umno bahagian tersebut Datuk Ampong Puyung berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal, termasuk tidak mendapat kelulusan mesyuarat daripada bahagian.
“Kami telah merujuk perkara ini kepada pejabat perhubungan Umno (negeri) dan masih menunggu keputusan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Bernama, dalam mesyuarat tersebut, Siti Haiba Majid dan Salbiah Harun masing-masing diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua dan naib ketua Puteri bahagian.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites