Lapan bahagian calon Shahrizat tanding ketua
Okt 11, 08 8:14pm
Lapan bahagian Wanita Umno telah mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno Mac depan.

Beliau dicalonkan oleh Teluk Kemang, Kinabatangan, Kalabakan, Bukit Gelugor, Bagan Seri, Bukit Gantang, Kampar dan Beruas.

shahrizat abdul jalilBahagian-bahagian berkenaan membuat pencalonan tersebut walaupun Shahrizat sebelum ini menyatakan tidak akan bertanding jawatan ketua Wanita.

Shahrizat turut menerima 39 pencalonan untuk mempertahankan jawatan naib ketua Wanita.

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz pula telah menerima 39 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya.

Ini bermakna kedua-dua mereka telah mendapatkan jumlah pencalonan minimum - masing-masing 39 dan 29 pencalonan untuk layak mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua.

wanita umno 11 oct 2008Mengikut peraturannya, calon ketua mesti mendapatkan 20 peratus pencalonan daripada 191 bahagian Umno, manakala calon naib ketua memerlukan 15 peratus pencalonan.

Manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said menerima empat pencalonan untuk jawatan naib ketua, yang terbaru dari bahagian Teluk Kemang, Bagan Serai dan Bukit Gantang

Turut dicalonkan untuk jawatan naib ketua ialah exco pergerakan itu Datuk Kamilah Ibrahim dan ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Siddiq.

Kamilah yang juga ketua Umno Kuala Kangsar mendapat tiga pencalonan dari Kampur, Kalabakalan dan Bukit Gelugor.

Halimah pula mendapat satu pencalonan dari bahagian Kinabatangan.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner