HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Naib ketua: Razali, Reezal layak bertanding
Okt 12, 08 7:57pm
Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dan exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican masing-masing layak untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno Malaysia Mac ini.

Kedua-dua mereka telah berjaya melepasi had minimum pencalonan sebanyak 15 peratus atau 29 pencalonan dari 191 bahagian Umno.

Sehingga lewat petang ini, Razali telah memperolehi lebih 30 pencalonan manakala Reezal pula berjaya memperolehi 29 pencalonan petang ini.

Seramai lima orang dicalonkan untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda kali ini.

Tiga orang lagi yang dicalonkan ialah ketua Pemuda bahagian Kota Kinabalu, Bahrul Razha Chuprat; ketua Pemuda Bagan, Marzuki Yahaya dan ketua Pemuda Kapar, Faizal Abdullah.

Bagaimanapun, pencalonan yang mereka perolehi setakat ini masih jauh untuk melayakkan mereka bertanding jawatan tersebut.

Sehingga lewat petang ini, Bahrul Razha hanya mendapat dua pencalonan manakala Marzuki dan Faizal masing-masing mendapat satu pencalonan.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner